Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang Lagi...




Alhamdulliah Ramadhan datang lagi, bersyukur kita kepada Allah kerana mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang indah lagi mulia...Kiata sebagai umat akhir zaman memiliki umur yang pendek berbanding umat nabi-nabi lain, perlulah memanfaatkan kelebihan Ramadhan sebaik mungkin sebagai bekalan hidup akan datang kerana amalan pada bulan ini berlipat ganda bersesuaian dengam masa hidup kita yang pendek dan mungkin tidak cukup untuk menyediakan amalan..

Kelebihan bulan Ramadhan
...
  1. pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.
  2. syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadhan, namun kita perlu menentang nafsu diri sendiri agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin
  3. bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bauan kasturi
  4. segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasa, syurga balasannya.
Info mula berpuasa...puasa mula difardhukan pada 2 Sya'ban tahun 2H menerusi 4 ayat Surah Al-Baqarah iaitu ayat 183-187

Sahur...
Minum seteguk air pun dah kira bersahur. Terus terang aku memang liat bangun sahur pagi tadi..hehe Biasalah hari pertama kan.. Dah lama tak bangun awal-awal pagi camtu. Insyaallah lama kelamaan biasa lah.
Walaupun hukum bersahur itu sunat tetapi sahur amat penting. Sahur yang membezakan puasa orang Islam dengan bukan Islam. Bersahur itu adalah kita bangun semula selepas tidur untuk menjamah sesuatu makanan.Waktu paling bagus bersahur adalah menghampiri waktu Subuh.
Kepentingan bersahur adalah untuk memberi kita tenaga. Selain itu boleh mengelakkan kemudaratan ketika berpuasa.


Kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur. (Hadis riwayat At-Tabrani).




Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak





No comments:

Post a Comment